Ingin Tahu Tentang 10 Inovasi Teratas Berkaitan Domino’s? Ini Jawapannya

4:48:00 PTG

Domino’s, namanya sudah gah sejak sekian lama sebagai salah satu sebuah restoran makanan segera dengan menu pizza yang pelbagai. Domino’s ini berjaya mendapat tempat di hampir seluruh dunia dan hasilnya, sejak tahun 2013 yang lalu, stok perniagaan Domino’s (DPZ) telah meningkat dari $60 per saham kepada hampir $250 per saham. Ini menunjukkan hasil peningkatan sebanyak 316% yang sangat mengejutkan.


Walaubagaimanapun, masih ada dikalangan kita yang masih belum tahu tentang inovasi yang pihak Domino’s lakukan terutama untuk perkara yang berkaitan dengan teknologi.


Untuk pengetahuan semua, Domino’s merupakan sebuah syarikat berteknologi tinggi yang menjalankan bisnes pizza kerana itu ia mampu mencipta kejayaan demi kejayaan.





Specialnya syarikat ini, mereka tidak takut untuk bersaing dan mencari jalan baru untuk mendekatkan lagi diri mereka dengan pelanggan. Buktinya, Domino’s telah menjadi pemacu nombor satu syarikat yang bermula dengan satu hanya sebuah kedai di Ann Arbor, Michigan pada tahun 1960 dan telah berkembang menjadi lebih dari 14,000 lokasi di 85 buah negara.


Domino’s juga telah membuktikan berkali-kali bahawa mereka sama sekali tidak takut untuk memperkenalkan inovasi baru bagi mengambil peluang dengan jenamanya. Sekiranya idea tidak berjaya, mereka tidak gentar dan mengalah malah akan terus mencuba sesuatu yang lain. Bukan setakat menggunakan drone tetapi lebih dari itu!





Kerana itu, di saat ini Domino’s telah dianggap sebagai pemimpin yang patut dicontohi oleh para pengusaha perniagaan makanan yang lain.  


Berikut adalah 10 inovasi teratas yang telah membantu Domino’s berkembang hingga menjadi satu rangkaian pizza terkemuka di Amerika yang terus bertahan hingga ke saat ini.



1. Wujudkan Website Berdomain Pertama Dengan Nama Dominos.Com 


Sebagai pengguna awal untuk nama ini, walaupun pada ketika itu baru tahun 90-an, namun Domino’s tidak teragak-agak untuk bertindak lain daripada orang lain dengan melancarkan lamanwebnya pada tahun 1996.


Akibat perbezaan yang Domino’s lakukan itu, pihak mereka telah berjaya mencapai rekod penjualan seluruh sistem sebanyak $2.8 bilion pada tahun yang sama.




2. Memperkenalkan Domino’s HotWave


Pada tahun 1998, Domino mula menggunakan beg penghantaran pizza yang direka dan dipatenkan supaya pizza tetap panas selepas keluar dari kedai hingga tiba ke rumah pelanggan. Idea mereka hingga kini masih relevan.





3. Melancarkan Pesanan Dalam Talian Selepas 11 Tahun


11 tahun selepas melancarkan Dominos.com, syarikat ini merupakan rangkaian pizza utama pertama yang memperkenalkan pesanan dalam talian dan mudah alih.


Menjelang tahun 2012, aplikasi pesanan dalam talian yang mereka sediakan telah siap dan pada tahun 2013, syarikat itu turut menaiktaraf kepada kewujudan Profil Pizza di dalam website untuk kemudahan pelanggan. Pesanan suara untuk iPhone dan Android datang pada tahun 2014 turut muncul.





Menjelang 2016, pesanan Zero-Click muncul di aplikasinya, dan hari ini, Domino’s menjana lebih dari 60% penjualan AS melalui saluran pesanan digital hasil dari keputusan berani mereka bertindak sebelum orang lain bermula.


4. Domino’s Tracker Untuk Tahu Kedudukan Pesanan


Tracker Domino’s telah ada pada tahun 2008 dan fungsinya untuk membolehkan pelanggan mengikuti perkembangan pesanan dalam talian sehingga pizza tiba di rumah mereka. Dengan adanya fungis ini, pelanggan tidak perlu tertanya-tanya, "di mana pizza saya? "





5. Berani Membawa Menu Pizza Baru Selalu


Pada tahun 2009, sebelum ulang tahun ke-50 syarikat, eksekutif Domino’s membuat keputusan yang mengejutkan dan pastinya lebih drastik dan berani iaitu dengan membuat pizza yang lebih "baru dan terinspirasi".


Sebilangan pelanggan menyukainya tetapi ada juga yang kurang suka namun hasil usaha publisiti yang dilakukan, semakin ramai pelanggan baru menyukai Domino’s dan dengan adanya resipi baru ini, ramai pelanggan sanggup beratur demi mendapatkan pizza dalam tempoh yang terhad!


6. Pizza Theaters


Dalam usaha untuk mewujudkan ketelusan yang lebih besar dan persekitaran yang lebih menarik bagi pelanggannya yang terus berkembang, Domino’s mula mengubahsuai kedai-kedai restoran mereka bermula pada tahun 2012.


Konsep Teater Pizza pertama dibuka di Louisiana pada tahun 2013 dengan ruang yang direka bentuk semula bagi menampilkan tempat duduk pelanggan yang selesa bersama Wi-Fi percuma, drive-thru untuk ambil pesanan serta Domino's Tracker di dalam kedai untuk pelanggan mengikuti status pesanan yang sedang disiapkan.





7. Piece of Pie Sebagai Ganjaran Pada Pelanggan Setia


Ketua Pegawai Eksekutif Domino, Patrick Doyle turut membawa satu perubahan dengan mengadakan program ganjaran kesetiaan yang diberi nama Piece of the Pie. Ia diperkenalkan pada tahun 2015 dan hasilnya ramai pelanggan setia rasa gembira dengan hadiah yang diberikan.


Pada tahun 2017, Domino’s menjadi satu rangkaian pizza tahap antarabangsa pertama dan satu-satunya syarikat yang menawarkan mata pada pelanggan untuk setiap pesanan yang dibuat sama ada melalui laman web, telefon, atau secara terus di mana-mana lokasi premis.





8. Penghantaran Guna Kenderaan Elektrik Pandu Sendiri


Domino’s semakin hari semakin mencari idea baru bagaimana untuk memberikan servis penghantaran pizza yang lebih cepat dan pantas kepada pelanggan. Pizza ini juga hendaklah kekal sedap, panas dan segar untuk memenuhi kepuasan semua pelanggan mereka.





Akhirnya, Domino’s membuat keputusan untuk melancarkan kenderaan Domino's DXP (Delivery Expert) pada tahun 2015. Kereta itu, yang mempunyai ketuhar pemanasan dan tempat penyimpanan boleh membawa hingga 80 pizza dalam satu masa. Menjelang 2016, 155 DXP berada di jalan raya.


Tidak lama selepas itu, Domino’s meneruskan inovasi kereta dengan bekerjasama bersama Ford Motor Company.





9. Buat Pesanan Di Mana Saja (AnyWare Ordering)


Domino’s memperkenalkan AnyWare Ordering pada tahun 2015 dengan memberikan lebih banyak pilihan menu pizza kepada pelanggannya. Pelanggan kini boleh memesan pizza melalui teks, tweet, Samsung Smart TV, sistem SYNC AppLink Ford, aplikasi smartwatch Android Wear, aplikasi smartwatch Pebble, atau melalui pesanan suara dengan Dom.


Pada tahun 2016, syarikat itu menambahkan Amazon Echo dan Alexa, Apple Watch, Facebook Messenger, dan Google Home ke AnyWare, dan pada tahun 2017, IFTTT dan Slack bergabung dalam barisan yang sama.


10 . HotSpots Lokasi Penghantaran Semakin Bertambah


Pada bulan April tahun ini, Domino’s mengumumkan berita baru yang akan menambah 150,000 HotSpots ke lokasi penghantarannya. Pelanggan kini boleh menikmati pizza saat bersantai dan bercuti di pantai, taman, muzium tanpa perlu alamat fizikal yang tetap seperti dulu.





Walaupun Patrick Doyle telah memanggil Domino’s sebagai syarikat teknologi yang kebetulan menjual pizza, namun ternyata semua inovasi ini memang sangat sesuai dengan kecekapan syarikat mereka.


Tidak semua restoran akan masuk untuk penghantaran drone dan teknologi yang boleh dipakai, tetapi bahkan dapur yang paling analog dapat mempelajari sesuatu dari keinginan Domino’s untuk bereksperimen dan berinovasi.


Bila melihat semua inovasi tentang penghantaran makanan sebegini, terus teringat pada Foodpanda.


Foodpanda turut boleh digunakan untuk servis pizza delivery dan tidak kurang hebatnya kerana boleh membantu pelanggan untuk membuat pesanan dan menerimanya hanya dengan menggunakan satu aplikasi di telefon bimbit masing-masing.


Moral of the story di sebalik kejayaan company Domino’s ini, jika mahu berjaya tidak boleh takut untuk mencuba. Gagal sekali tak bermakna akan gagal untuk selama-lamanya dan pastikan berfikiran lebih jauh supaya tindakan yang bakal diambil boleh mendapat hasil yang lebih baik lagi.

You Might Also Like

0 comments

Nurmujahidah

PENAFIAN

Segala maklumat yang disampaikan di blog ini adalah daripada pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan oleh orang lain yang menggunakan maklumat daripada blog ini. Sekian.